SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA KHAIRIAH
Sekolah Menengah Agama Khairiah mula diasaskan pada 8 Sept 1942 di beranda Masjid Hiliran, Kuala Terengganu oleh Ustaz Hj. Ahmad Fuad dan Ustaz Ahmad Zaki bin Salleh Al-Masri. Perasmiannya telah dilakukan oleh DYMM Sultan Sulaiman pada hari Jumaat, 05 Mac 1943. Kemudiannya Madrasah Al-Khairiah dipindahkan kawasan dekat Masjid Hiliran yang telah dikhairatkan dua buah rumah oleh Dato' Andika DiRaja dan En. Mohd. Ali Awang Besar. Pada awal 1953 SMA Khairiah dikhaskan kepada pelajar-pelajar perempuan sahaja sehingga kini.
Pada 29 April 1959 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu telah membeli rumah daripada Tuan Hj. Kassim bin Omar di Gong Kapas, Kuala Terengganu. Pada 06 April 1961, mula dipindahkan ke bangunan baru di Gong Kapas. Pembukaan rasmi pada 27 Mei 1961 oleh DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu. Pembesaran kawasan sekolah dari semasa ke semasa dilakukan dengan pengambilan tanah oleh kerajaan iaitu Bengkel Jahitan MARA.
MISI
BERUSAHA MENINGKATKAN PRESTASI AKADEMIK SECARA BERTERUSAN SERTA MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH KEARAH MEMBENTUK SAHSIAH TERPUJI DAN BERKETERAMPILAN
VISI
"MAJU TERUS MAJU"
MOTO
BERSATU MENCEMERLANGKAN SMAKH
SLOGAN
ILMU ITU CAHAYA
LAGU SEKOLAH
MENJADI TUNGGAK KEJAYAANSMA KHAIRIAH MAJU KEHADAPANPRESTASI AKADEMIK DIUTAMAKAN
SALAM DAN DOA SENTIASA DIUCAPKANMENJALIN HUBUNGAN SESAMA INSANSMA KHAIRIAH MENJADI KESAYANGANWARGA SEKOLAH, HANDAI DAN TAULAN
No comments:
Post a Comment